Friday, 5 July 2013

Belajar melalui Hikmah

Apa yang kita idam tak semestinya terbaik untuk kita.

Pengalaman sendiri dalam memilih rumah sewa. Pertamanya bertemu dengan rumah yang cantik, klasik. Material daripada kayu. Macam chalet. Pemandangan sekitar yang cantik. Lokasi di dalam pagar tuan rumah. Rasa selamat.

Setelah sebulan, mula timbul masalah. Keadaan rumah yang panas jadi tak selesa. Angin kipas menambah bahang kepanasan. Hidung mula berdarah. Kepala mula sakit. Badan mula bermandi peluh. Demam kerap menyerang. Pendek kata, semua jadi serba tak kena.

Mula mencari rumah yang lain. Lokasi lebih dekat dengan campus. Namun, keadaan sekeliling rumah tidaklah secantik rumah sebelumnya. Kawasan agak sempit. Tuan rumah kurang prihatin berbanding tuan rumah yang sebelum. Tapi, rumah inilah yang terbaik. Tak panas sangat. Hidung pun dah tak berdarah, kepala tak sakit.

Alhamdulillah. Allah telah tunjukkan. Tak semua yang kita inginkan adalah yang terbaik untuk kita.